Monday, May 28, 2012


NUR SUTERA CAFE PULANG DARA
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEih-tJ4TVlKLSv-qdRj-tADLhyphenhyphenzYkCYoXQ_fLH1ACto3xm8RE2R_ZTdTNwR9SgRtP4Yz1QkIfcJYb46IoNEQLK2ZYGopE0i3ic4fRhBkOybFcUnHB3-1PS6YJme21iMcCZCLvgML3L1b141/s1600/PULANGDARA3.jpg
HARGA PASARAN :RM 28.00
HARGA CUNA : RM 27.00
ORIGINAL FORMULA SUTERA CAFE
Produk berperisa kopi ini ternyata telah terbukti berkesan merawat masalah berkaitan kesihatan dalaman dan luaran wanita. Jadi, tidak hairanlah, hanya dengan sekali pengambilan, pengguna telah memberikan reaksi yang positif terhadap Nur Sutera Cafe Pulang Dara..
.
Berikut adalah komen yang telah diterima :
1. Puan Anisah dari Kota Bharu, Kelantan berkata..”Hubungan intim saya bersama suami semakin hangat semenjak saya minum Nur Sutera Cafe Pulang Dara ni, otot vagina semakin kuat, suami pun menegur perubahan ini..,”
2. “Berat badan saya turun sebanyak 2kg pada kotak yang kedua pengambilan Nur Sutera Cafe Pulang Dara… tanpa perlu berdiet, badan pun terasa cergas dan ringan. Payudara pun terasa semakin montok,” Puan Aini dari Pekan, Pahang .
3. “Kali pertama minum Nur Sutera Cafe Pulang Dara, saya telah dapat rasakan perbezaan pada tubuh badan saya. Ternya inilah produk yang saya cari selama ini,” Puan Nor dari Johor Bharu
.
KANDUNGAN BERKHASIAT LAGI MENYIHATKAN :
* Mengatasi masalah senggugut, melancarkan haid serta mengatasi keputihan
* Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid
* Membuang angin dalam badan
* Membuang lemak dan menurunkan berat badan
* Menaikkan seri wajah
* Memulihkan saluran peranakan wanita
* Mengatasi masalah buasir
* Mengecut dan mengetatkan rahim
* Menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin
* Membersihkan darah kotor
* Melicin, menegang dan mencantikkan kulit
* Sebagai astrogen berkesan membaiki tisu faraj
* Membantu menegangkan payudara
* Menguatkan otot sendi
* Menetapkan batu merian
* Menambah keintiman suami isteri
* Melancarkan peredaran darah
* Mengimbangi hormon-hormon dalam badan
* Mencegah kanser
CARA PENGAMBILAN : Minum 1 paket, 2 kali sehari.
KESAN SAMPINGAN : Tiada
TAHAP UMUR : Berumur 15 tahun ke atas (dari mula datang haid) sehinggalah MENOPOUSE
KANDUNGAN HERBA : NUR SUTERA CAFE PULANG DARA menggunakan ekstrak herba yang sangat berkesan untuk masalah dalaman seorang wanita. Antaranya ialah pulang dara, ubi merah & pueraria mirifica
*******************************************************************
.
NUR SUTERA CAFE KEMBALI TERUNA
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCwLK6xuFoEzUmaSVCtr4UFux8oDeoSdD80GLSnO1egQpt3E9hHVb0L_YZFmu66iXZtaPZc24ltM2q3X-izMTpZuujAlL4iG5Nk19kXXjebtInmVztsDEYUhCuV0zsQoloP7dRxNEvZVJ1/s1600/KEMBALITERUNA3.jpg
HARGA PASARAN :RM 28.00
HARGA CUNA : RM 27.00 

Kembalikan keperkasaan anda dengan minuman berkhasiat Nur Sutera Cafe Kembali Teruna, berkesan menangani masalah dalaman lelaki tanpa sebarang kesan sampingan. Bertindak secara menyeluruh, membekalkan tenaga maksimum keseluruh tubuh anda,meransang tenaga kelakian menjadikan anda seorang lelaki idaman isteri sepanjang masa. Rumusan herba yang kaya dengan kuasa penyembuhan dalaman, akan memberikan kesan awet muda pada tubuh anda.
.
KHASIAT NUR SUTERA CAFE KEMBALI TERUNA
* Melancarkan tenaga kelakian
* Menghilangkan sakit otot
* Menghilangkan kebas, penyakit gout dan resdung
* Mencuci buah pinggang
* Membuang racun dalam badan
* Melawaskan pembuangan najis
* Membantu masalah paru-paru
* Menurunkan berat badan
* Meningkatkan pengeluaran hormon
* Awet Muda
* Melancarkan peredaran darah
.
CARA PENGAMBILAN : Minum 2 paket 1 hari, 1 paket pagi dan 1 paket petang, Gunakan air panas untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Untuk tenaga seksual, minum 1 jam sebelum bersama dengan isteri. Untuk kesan terbaik, gunalah 2CLIMAX BRAVO GEL FOR MEN.
.
KESAN SAMPINGAN : Tiada
.
INFO BERGUNA : Kebanyakan lelaki kini lebih peka mengenai erectile dysfunction (ED) atau mati pucuk dan mereka sedar tentang risiko itu apabila usia meningkat Jadi, mereka makan dan menjalani kehidupan yang sihat. Namun, pada hakikatnya, semakin ramai lelaki menghadapi masalah ED pada seawal usia 30-an! Zakar – Satu kelalaian besar..!! Semakin banyak alasan mengapa lelaki harus belajar bagaimana mempertahankan organ genital dari awal kerana tiada siapa tahu kemunculan ED dan kadang-kadang anda tidak berupaya menghentikannya.
Apakah anda inginkan signifikan dan ketegangan zakar?
Zakar tidak tegang dengan baik adalah salah satu tanda awal lelaki yang menghadapi kehilangan daya seksual. Disebabkan usia atau tekanan, zakar tidak tegang dengan sempurna, lambat tegang dan mengakibatkan mati pucuk. Beberapa ribu oang berpendapat kesihatan zakar adalah perkara utama yang difikirkan apabila usia mencapai 35 tahun ke atas. Lebih ramai lelaki pada masa kini terpaksa mencari kaedah berkesan untuk merawat dan memlihara kesihatan zakar.
Jika anda menghadapi masalah zakar tidak tegang, ketidakmampuan untuk mempertahankan ketegangan atau jika anda berasa lemahdan lesu dalam hubungan suami isteri, NUR SUTERA CAFE KEMBALI TERUNA telah mengeluarkan formula ekstrak herba dalam bentuk minuman yang sedap lagi berkhasiat. Untuk kesan yang optimum, gunakan 2 CLIMAX BRAVO GEL FOR MEN sebelum bersama dengan isteri anda…
********************************************************************
.

Thursday, May 24, 2012


FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
                        Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatainmaka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihahsebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Sunday, May 20, 2012

Set bersalin Sendayu tinggi


Set bersalin Sendayu tinggi


HARGA PASARAN : RM 386.00
HARGA CUNA : RM365.00 SAHAJA

Maklumat Produk Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci). Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.


Ammy Sixty Days (1-10 hari) Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit. 


Ammy Sixty Days (11-20 hari) Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.


Ammy Sixty Days (31-40 hari) Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.


Ammy Sixty Days (41-50 hari) Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.


Ammy Sixty Days (51-60 hari) Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was. 
Ammy Heat Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Ammy Massage (minyak urut untuk ibu) Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan. Oil of Telon (minyak bayi) Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja). Tummy Tone Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut. 


PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras) Body Tone Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.


PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja. Cara pengambilan Untuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari (pada waktu pagi, tengahari dan petang mengikut botol yang telah ditetapkan. (Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, sila kurangkan dos pengambilan kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari). Sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61 bermula daripada botol yang pertama dan seterusnya. Ketika diurut oleh bidan, hendaklah menggumakan Ammy Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. Selepas diurut, badan tidak perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke dalam badan, memanaskan badan dan menghaluskan kulit seara perlahan-lahan. Campurkan Body Tone dengan sedikit air kemudian sapukan keseluruh badan. Ia mampu menyegar, memanas dan mancantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki angin. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka atau perahan limau nipis, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering kemudian barulah memakai bengkung. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama pada bahagian perut dan paha ketika mengandung. Manakala wanita yang bersalin melalui pembedahan, jarak sapuan pada perut sebanyak dua hingga tiga inci.
 * Selepas memakai bengkung, sapu Ammy Heat dari buku lali ke bawah (hingga hujung kaki) sebelum memakai stoking bagi melanarkan peredaran darah keseluruh badan.
 * Bagi wanita yang bersalin secara normal digalakkan bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu selepas bersalin. Manakala wanita yang bersalin secara pembedahan elakkan dari pada bertungku dan berbengkung.

U-Queen...


U-Queen




   itu hARga pASAraN ...
                                                                               HARGA CUNA : RM 84.00



Queen yang bermaksud RATU telah diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masaalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat, vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total.
Ia membekalkan tenaga luaran dan dalaman yang diperlukan oleh wanita berkerjaya masa kini. Ia membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut, menguat dan merapatkan otot vagina (mengatasi masalah faraj longgar dan berair), mengencang payudara dan mengangkat punggung, memberi seri pada wajah, melewatkan menopause, dan mengeratkan hubungan suami isteri, Ia juga membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis, mencegah kanser, melancar / membersih darah serta peranakan.
U-Queen juga dapat membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badan dan memastikan badan yang ideal tanpa masalah berat badan serta awet muda sentiasa. Ia juga secara semulajadi akan mencerahkan kulit dari dalam dan hasilnya akan dapat dilihat selepas sebulan penggunaan.

Cara Penyediaan

Tuangkan kandungan satu sachet U-Queen (25g) ke dalam segelas air suam (40°C - 60°C) sebanyak 150ml. Kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum. Dicadangkan diambil satu jam selepas makan pada waktu malam.

Cara Penyimpanan

Simpan ditempat dingin dan kering di bawah suhu tidak melebihi 30C. Elakkan dari kanak-kanak

Dapatkan produk U-Queen anda hari ini!



Monday, May 14, 2012

Surah Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Pagi tadi saya dengar di Program Tanyalah ustaz di tv 9 setiap hari tu... kata ustaz " bayangkan berapa umur kita sekarang??? kita ingat tak setiap makna surah Al-Fatihah tu ".. terfikir betul juga tu, memang la kita ingat tp macam gitu2 je kan... so mulai sekarang marilah kita sama-sama ingat dan hafal setiap maknanya..... 
      

Dalam Bahasa Melayu nyer..

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Saya sekadar nak mengingati sahaja sesama islam..

sekian..

Tuesday, May 8, 2012

KhaSiAT HaBBatUS SauDa..


Tidak ramai yang mengetahui apakah khasiat sebenar habbatus sauda kepada semua orang. Habbatus Sauda mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia
Khasiat Habbatus Sauda | Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
 7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Melayukini.net - Untuk pengetahuan para pembaca, di Timur Tengah, minyak Habbatus Sauda ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...