Monday, May 14, 2012

Surah Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Pagi tadi saya dengar di Program Tanyalah ustaz di tv 9 setiap hari tu... kata ustaz " bayangkan berapa umur kita sekarang??? kita ingat tak setiap makna surah Al-Fatihah tu ".. terfikir betul juga tu, memang la kita ingat tp macam gitu2 je kan... so mulai sekarang marilah kita sama-sama ingat dan hafal setiap maknanya..... 
      

Dalam Bahasa Melayu nyer..

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Saya sekadar nak mengingati sahaja sesama islam..

sekian..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...