Tuesday, May 8, 2012

kHasIAt NeNaS BatU..


Gambar Nenas Batu

Ini la antara gambar nenas batu . Bukan la semuanya bersaiz sama kan? mcm buah buah lain la, ada yg besar, ada yg kecik, tp khasiat tetap sama lah. Dengan izin Allah :)




1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.

CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.
*Note:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world!
Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)
(minum byk2 takut panas!)

Ada lagi cara lain utk guna Nenas Batu ni, samada anda ingin rebus terus pon boleh juga. Tapi airnya akan menjadi lebih pekat, warna air yg direbus tu akan menjadi kemerahan. Makin lama direbus, lagi gelap merah warnanya. Jika anda tahan/mampu utk minum... teruskan lah, jika tak, gunakan cara yg pertama yg telah diberitahu seperti di atas tadi.
Bagi saya sendiri, adalah lebih baik anda meminumnya pada waktu malam sebelum tidur. Kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang.


Peringatan: Hanya untuk wanita yang telah berkahwin.

Wanita mengandung tidak di benarkan minum.  2-3 teguk dah cukup (1x sehari)

(minum byk2 takut panas!)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...