Friday, February 1, 2013

Set bersalin Jamu Selapan Mustika Ratu


Set bersalin Jamu Selapan Mustika Ratu


Jamu Selapan Mustika Ratu + Bengkung



HARGA PASARAN 199.00

HARGA CUNA 175.00

MAAF KAMI KEHABISAN STOK!!!



Mustika Ratu Jamu Selapan                                 HARGA PASARAN RM119.90

                                                      HARGA CUNA :RM 100.00            

Jamu Selapan Mustika Ratu“Rawatan 40 hari selepas Bersalin”.
Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin. Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

KANDUNGAN JAMU SELAPAN

  1. Tapel Raket Mustika Sejati
  2. Berbengkung
  3. Pilis Wangi
  4. Bubuk Bancar Air Susu
  5. Parem Segar Sumyah
  6. Jamu Galian Parem Wangi
  7. Jamu Pulih Balung Sumsum
  8. Bengkung
  9. CD

TAPEL RAKET MUSTIKA SEJATI

Mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.
Cara Guna Tapel Raket Mustika Sejati
  1. Ditumbuk dahulu Tapel Raket Mustika Sejati kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih.
  2. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu.

BERBENGKUNG

Selepas menyapukan Tapel Raket Mustika Sejati pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian.
Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

PILIS WANGI

Menghilangkan lebam di bawah mata di samping menyegarkannya.
Cara Guna Pilis Wangi
  1. Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa (pekat).
  2. Kemudian tampal di atas dahi.
  3. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering.

BUBUK BANCAR AIR SUSU

Ia membantu melancarkan susu ibu.
Cara Guna Bubuk Bancar Air Susu
  1. Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat.
  2. Sapukan di sekeliling payu dara.
  3. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering.

PAREM SEGAR SUMYAH

Ia memberikan kehangatan dan mengelakkan dari masuk angin.
Cara Guna Parem Segar Sumyah
  1. Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih.
  2. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher.

JAMU GALIAN PAREM WANGI

  1. Mengeluarkan darah kotor
  2. Melancarkan air susu ibu.
Cara Guna Jamu Galian Parem Wangi
  • Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi.

JAMU PULIH BALUNG SUMSUM

Mengembalikan kesihatan ibu
Cara Guna Jamu Pulih Balung Sumsum
  • 5 biji diminum setiap petang

MINYAK TELON

Minyak Adas (Oleum Foeniculi) berguna untuk anti kejang perut, stimulan dan tonik.
Cara Guna Minyak Telon
  1. Disapu pada perut bayi selepas mandi, dipakai 2 atau 3 kali sehari.
  2. Untuk kegunaan luaran sahaja.

MAKLMAT LAIN BERKENAAN JAMU SELAPAN

No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
  1. Tapel Raket Mustika Sejati (MAL2000528T)
  2. Galian Parem Wangi (MAL20000526T)
  3. Pulih Balung Sumsum (MAL20034147T)
  4. Pilis Wangi (MAL19988836T)
  5. Parem Segar Sumyah (MAL20000527T)
  6. Bubuk Bancar Air Susu (MAL20000529T)
  7. Minyak Telon (MAL20000530T)
  8. Ginasih (MAL 05031068K)
  9. Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno (MAL 1998767T)

2 comments:

  1. wah nnt second time beranak nak beli set dgn kak yong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...