Set Bersalin Amway Tropical Herbs (Post-Natal Product)
Kandungan set: (Terbahagi kpd 2 :- dimakan & kegunaan luaran)
- **Dimakan**
- 1) Teh herba
- 2) Pil selepas bersalin 1
- 3) Pil selepas bersalin 2
- ****Kegunaan Luaran***
- 4) Herba pembersih wanita
- 5) Herba mandian
- 6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
- 7 )Campuran Penghangat (Param)
- 8) Campuran Penenang (Pilis)
- 9) Minyak Urutan Herba
- 10) Minyak Bayi
PERCUMA!!!!!!
BENGKUNG yg SGT BEST!!
Harga Cuna RM 295.00
( antara set bersalin yg plg murah di pasaran & plg lengkap..boleh survey dulu)
Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
Dibuat
daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan
memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
•
Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan
ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria
dan merangsang.
•
Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma
xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang
sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.
KEGUNAAN LUARAN
Herba pembersih wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
•
Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma
yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan
menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
•
Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk
memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan
radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan:-
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.
Cara membuat larutan herba:
•
Rendam satu uncang dalam air panas 500 ml selama 10 minit atau untuk
larutan yang lebih kuat didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15
mint.
•
Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak
yang panas ke dalam besen bulat dan campurkannya dengan 1 liter air.
• Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendamkan vagina.
• Setiap uncang boleh diguna dua kali
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
Arahan:-
Ini
boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua
kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air
panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan
satu sudu kecil Madu, jika mahu.
Campuran Penghangat Badan: Menghangatkan badan, terutamanya
tangan dan kaki
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.
Cara menyedia:
• Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
• Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
• Biar kering atau seeloknya selama dua hingga tiga jam sebelum membersihkannya.
Campuran Peramping Perut: Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
•
Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis
herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang
kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan:-
Boleh
diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil
yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan
berurut.
Awas!!! Jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.
Cara menyedia:
• Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
• Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
• Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
• Bersihkan pes selepas membuka bengkung.
Minyak Urut Herba: Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
•
Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk
ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran
darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan:-
Boleh
diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari,
seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk
memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.
Catatan: Elakkan minyak daripada terkena pakaian kerana tanda boleh wujud akibat warna semula jadi herba.
Pil Lepas bersalin 1: Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Arahan:-
Boleh
diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas
menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas
sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.
Pil lepas bersalin 2:
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.
Arahan:-
Untuk
dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan,
sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil
dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan
malam.
Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung
Beri
yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang
telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Arahan:-
Boleh
diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan
gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut
perlahan-lahan pada
perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.
Campuran Penenang: Menenang dan menyamankan dahi
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.
Cara menyedia:
• Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya
menjadi pes yang pekat.
• Sapu pada dahi.
• Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.
percuma!!!
No comments:
Post a Comment