Thursday, May 3, 2012

ApAKaH "giLA MeRiAn" aTaU "MeRoyaN"

Apakah "GILA MERIAN" atau "MEROYAN" ?Gila Merian atau Meroyan  merupakan jenis penyakit  selepas bersalin yang amat serius  dikalangan wanita selepas melahirkan .  Biasanya  wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin  kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga  "mother blues" 

"Darah  kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur  akan
menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan  hormon  wanita.  Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian  serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. 
Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan."
Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir . Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak  sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan 

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam  buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)
Apakah antara kesan penyakit ini ?

  • Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita  lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka  atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak  agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan  langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya
  • Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah .
  • Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu  mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya  melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
  • Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
  • Akibat pengalaman yang tidak normal  ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau  mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .
  • Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Kemuraman , kemurungan ,Angin Merian apakah bezanya?
Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk lebih  menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas  harian.
Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami  gila merian atau meroyan  ini dan biasanya  tanda-tanda ini timbul  dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran . Jenis  yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan  kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...