PerSOaLAn TenTanG DaRAh NiFas..
Soalan: Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?
Jawapan: Selepas anda melahirkan anak, sama ada melalui pembedahan cesarean atau kelahiran normal, anda akan mengalami pendarahan melalui faraj. Pendarahan ini yang juga dipanggil nifas dan ia adalah merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan rahim di mana dinding rahim yang menebal semasa hamil menjadi gugur dan otot rahim yang membengkak menjadi kecut.
Dalam tempoh 1-3 hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami aliran pendarahan yang banyak dan kadang-kadang mungkin terdapat ketulan darah keluar dari faraj. Jangan risau kerana ia agak normal. Juga, jika kali pertama anda berdiri selepas melahirkan, anda mungkin perasan darah mengalir turun daripada faraj ke kaki anda. Ini juga normal kerana apabila anda duduk atau berbaring, darah bertakung dalam faraj dan keluar semasa berdiri akibat tarikan graviti.Jumlah darah nifas akan berkurangan pada hari-hari berikutnya.
Dalam tempoh ini anda tidak digalakkan menggunakan tampon kerana ia mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekiranya anda melahirkan secara normal. Lebih elok kalau anda memakai pad bersalin yang besar atau anda boleh memilih untuk memakai diaper orang dewasa untuk beberapa hari selepas bersalin. Ini disebabkan pendarahan yang agak banyak pada tempoh tersebut.
Anda juga mungkin akan perasan bahawa berlaku aliran darah menjadi banyak semasa menyusukan bayi. Keadaan ini berlaku kerana stimulasi pada puting akan meninggikan rembesan hormon oxytocin yang akan menyebabkan rahim anda mengecut dan seterusnya mengalakan aliran darah nifas. Disebabkan ini, mereka yang menyusu lebih kerap akan mengalami tempoh aliran nifas yang lebih singkat dari mereka yang tidak menyusu badan. Ini adalah salah satu kebaikan susu ibu kerana ia mengurangkan risiko tumpah darah.
Sekiranya anda masih dapati pergerakkan dan aktiviti harian menyebabkan berlaku peningkatan jumlah aliran nifas, ia mungkin tanda anda perlu berehat dan cuba kurangkan aktiviti aktif untuk beberapa hari lagi.
Selepas dua minggu, warna darah anda akan bertukar lebih kepada warna perang dan kemudiannya akan beralih kepada warna kekuningan untuk beberapa minggu lagi. Darah nifas selalunya akan berhenti sepenuhnya selepas 6-8 minggu.
Selepas pantang adalah normal untuk haid menjadi tidak teratur untuk tempoh beberapa bulan pertama atau tiada langsung. Sekiranya anda menyusu badan, anda mungkin tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun. Sekiranya haid masih tidak kembali ke keadaan asal selepas 6 bulan dan anda tidak menyusu badan secara eksklusif, eloklah berjumpa doktor untuk pastikan tiada masalah. Banyak berlaku kes di mana ibu tidak sedar mereka sebenarnya hamil pada ketika itu.
Tanda-tanda serius
Berikut adalah tanda-tanda serius yang memerlukan anda berjumpa dengan doktor dengan segera. Ia mungkin tanda jangkitan kuman atau juga tanda uri tertinggal dalam rahim.
No comments:
Post a Comment